Followers

Thursday, December 28, 2017

KEMUDAHAN CARA PENGAMBILAN UBAT DI HOSPITAL ATAU KLINIK KERAJAAN

Okay... kat sini nak bgtau la.. kemudahan2 yg disediakan oleh hospital or klinik kerajaan utk mudahkan korang nak ambil ubat.. ye la.. kan bnyak org complain, queue pnjg laa.. rmh jaoh dr hosp or klinik la.. xde masa nak amik la ( bagi bekalan susulan a.k.a tiap2 bulan ambik), sibuk bekerja la.. n mcm2 lagi sbb2 yg ad.. so.. dgn ap yg akan dbgtau sbntar lagi.. dharap akan mmudahkan korang utk ambik ubat la.. ni.. just ap yg aku tau je.. n.. xsmua fasiliti kerajaan ni ad kmudahan2 ni.. so.. kena tnya dlu la bnda ni ad ke xde.. ni just utk pengetahuan shj la..

1. SISTEM PENDISPENSAN UBAT BERSEPADU (SPUB)

Sistem yang ni.. utk memudahkan pesakit utk ambik ubat di klinik or hosp yg berdekatan dgn rumah korang la.. tnya je.. boleh x sy nak spub dekat klinik ni or hospital ni.. kalau dorang kata boleh.. so.. korang dpt la ambik ubat dekat ngan rmh korang.. TAPI... ad syarat2 dy.. 

First.. bekalan ubat yg pertama daripada kertas ubat tu.. (kertas tu dipanggil drug prescription) kena ambik dekat farmasi di mana korang dpat kertas tu.. Contoh.. Korang jmpa doktor dekat Hospital Kuala Lumpur n dpt la prescription tu kan.. so.. bekalan pertama ubat.. hendaklah diambil dekat Hospital Kuala Lumpur jgak.. 

Next.. tnya dekat farmasi tu.. Sy nak ambil ubat kat klinik sekian sekian.. contoh.. Klinik Kesihatan Paya Besar, Pahang.. Dorang akan check sama ad tempat tu available or x untuk dihantar ubat2 yg akan dibekalkan utk korang.. Kalau dorang kata okay.. boleh.. so.. MAKE SURE.. PASTIKAN... dekat atas prescription tu.. da siap tulis NAMA KLINIK OR HOSPITAL korang nak apply g amik ubat bg bekalan seterusnya DAN NO TELEFON KORANG yang BOLEH DICALL jika berlakunya sbrg masalah utk pembekalan ubat korang tu.. dan lagi penting.. BELAKANG PRESCRIPTION kena ad COP PEMBEKALAN UBAT KE KLINIK YG KORANG APPLY tu.. 

so.. next pembekalan ubat.. korang da boleh da ambik kat klinik or hospital yg dekat ngan rmh korang.. so.. settle da.. 

2. UBAT MELALUI POS (UMP)

Ha... yg ni.. kalau sbut pos.. means.. mcm pos laju la.. pkhidmatan yg ni.. xsmua tmpat ad.. kbiasannya.. just ad  kat main hospital je.. so.. kena tnya dlu available or x.. and.. perkhidmatan yg ni.. lagi bnyak syarat2 dy.. n.. perkhidmatan yg ni.. akan dikenakan bayaran pengeposan shj la.. just perlu bayar bila ubat smpai kat rmh.. bayar dgan posmen..

so.. first.. kena tnya farmasi laa.. perkhidmatan ump ni available or x.. kalau xde so.. xdpt la.. n kalau ad.. dorang akan tengok jenis2 ubat korang yg korang ambik tu.. ad certain2 kriteria ubat yg xleh hantar melalui pos.. contoh.. ubat yg kena simpan dalam peti sejuk.. ubat jenis cecair.. dan ad la beberapa jenis lagi.. so.. kena tnya dlu la boleh or xboleh ye..

selain drpd tu.. org2 yg nak pos ubat dy ke rumah.. kena paham cara pengambilan ubat korang.. sbb bila ubat tu smpai.. xde org yg akan bgtau ubat ni untuk ap.. brp kali makan sehari brp biji.. sbelum ke selepas makan.. haaaaa... kalau xtau pasal bnda2 ni n xpaham cara makan.. xdpt la nak pakai perkhidmatan ni.. xkan nak suruh abg posmen bgtau.. dorang pun xtau jgak kan.. so.. nak pakai prkhidmatan ni.. kena paham la cara penggunaan ubat2 tu..

n.. sama jgak la.. ap2 hal.. pembekalan ubat yg pertama.. mstilah diambil dekat farmasi tu dulu.. ye la.. kalau x,, cmne nak tau korang nak benda tu dihantar ke x.. so.. first supply kena amik di farmasi ye..

3. APPOINTMENT CARD
  
Untuk yg ni.. certain tempat je ad buat.. appoinment card utk ubat ni.. ad mcm2 la nama2 utk kad ni.. p.. korang try la tnya.. kat klinik or hospital tu.. ad x appoinment card utk mmudahkan amik ubat yang xperlu beratur pnjg2 and menunggu utk ambik ubt dlm masa yg lama.. 

Appointment card ni.. mcm biasa la.. first pembekalan kena amik n berbaris dlu n tggu dlu.. time amik ubat baru tnya.. ad x perkhidmatan ni.. kalau ad.. korang kena register la dlu kat farmasi tu.. so.. bila da register.. biasanya korang akan dpt 1 kad temujanji tu la.. temujanji di farmasi.. dengan adnya kad tu.. korang akn diberikan tarikh.. berapa haribulan kena g amik ubat.. jgn terlalu lewat plak g amik ye.. at least 2 3 hari lambat.. ok lagi la.. kalau lebih drpd tu.. korang kena baris smula amik no ap smua la yee..

Dengan adnya appoinment card ni korang xpayah sibuk nak berbaris panjg2.. amik nombor giliran ke tggu ke.. xpayah.. cumanya.. korang datang bawak kad n kertas ubat tu.. tnjuk terus kat kaunter yg sdiakan perkhidmatan kad tu.. n korang akan trus dpt ubat on the spot n xyah nak tggu.. simple kan? cumanya.. stil kena pergi kat hospital or klinik yg sma je la..

4. DRIVE THRU ( PANDU LALU) 

Yang ni pun.. certain2 tempat je yang ad.. so.. korang kena tanya la dengan ahli farmasi.. ad x perkhidmatan ni.. so.. mcm biasa.. FIRST SUPPLY ubat2 korang kena amik kat kaunter farmasi.. then tnya ad xperkhidmatan ni bila da dpt ubat.. kalau dorang kata ad.. so.. proceed untuk registeration prkhidmatan ni la..

okay.. dgar word drive thru.. so.. dy sama2 spesis mcm drive thru mcd, kfc tu la.. cumanya tu makanan.. ni ubat.. so.. drive thru ni.. korang bawak kereta or moto korang ke tempat drive thru tu je la.. biasanya korang akan ad 1 kad khas utk drive thru ni.. so.. jgn lupa bawak kad tu skli dgan kertas ubat yg original.. so that dorang boleh update brp haribulan utk korang ambik bekalan yg sterusnya.. n.. kalau nak ambik lambat dari tarikh.. at least 2 3 hari.. kalau lambat dari tu.. korang kena ambik bekalan kat kaunter farmasi la ye.. 

5. MEDILOCK

Perkhidmatan ni adlah antara perkhidmatan latest yg ad la.. so.. xsmua tmpat ad perkhidmatan ni.. mgkin singkatan nama utk medication locker sbb ubat2 ni akan disimpan di dlam locker yang ad password.. 

skli lagi.. mcm biasa.. bekalan pertama ubat akan diambil di kaunter farmasi.. tnya lagi ad x perkhidmatan ni.. kalau ad,, boleh register la.. korang akan dpat 1 locker yg mmg utk korang.. berserta dgn password skli la.. biasanya.. locker2 ni.. xdiletak di kawasan hospital utk mmudahkan korang ambil.. medilock yg ad skrg biasanya terletak di SHOPPING COMPLEX.. Haaa.. sronok kan? hahaha.. sbb mmudahkan korang ambik n xpayah pk pasal parking xde.. tapi.. korang kena ambik ubat tu dlam tempoh masa kurang dr seminggu.. sbb locker tu akan bertukar ubat utk org lain pulak utk mggu seterusnya.. tp.. jgn rsau.. password xsama.. 

yg menariknya.. locker ni beroperasi 24 jam.. so.. korang boleh ambik bila2 masa yg korang free dlam tempoh masa bawah dr seminggu la.. kalau korang lambat ambik ubat tu lebih dr seminggu,, korang kena ambik ubat di kaunter farmasi kat mana korang amik bekalan ubat pertama korang tu.. so.. perkhidmatan yg ni lebih ringkas n mmudahkan korang jgak la kan?   

KESIMPULAN

So,, stakat ni.. 2 je la antara2 perkhidmatan yg ad.. yg diketahui stakat ni la.. and smua perkhidmatan ni.. pd WAKTU PEJABAT SAHAJA KECUALI MEDILOCK.. haaa.. skrg da tau.. jgn kata xtau pulak.. jgn bnyak pulak alasan kata xleh dtg time pejabat la... kerja la.. bz la.. Farmasi ni BUKAK TIME OFFICE HOUR je.. utk hospital.. mmg 24 jam.. tapi.. lepas dr waktu pejabat.. BEKALAN2 SUSULAN xkan dilayan sbb staff sikit.. Just bukak utk emergency case n discaj wad shja.. lagipun terang2 dekat belakang kertas ubat tu tulis AMBIL PADA WAKTU PEJABAT SAHAJA.. sama jugak pd hari SABTU, AHAD DAN PUBLIC HOLIDAY.. mmg kaunter tu bnyak.. p.. pk logik la.. farmasi nak bukak hari2 ke? dorang pun manusia.. perlu rehat.. lagipun.. cuba bagitau.. sp yg rajin nak kerja time cuti or hari sabtu ahad? smua org kena ad rest.. smua org ad fmly.. so.. jgn selfish sgt nak kata mcm2.. 

Ok.. itu sj utk entri kali ni.. baiiiii..